Luar Negara

Kempen boikot barangan Perancis trending di Twitter

WARGA Turki, Pakistan serta beberapa negara di Timur Tengah melancarkan kempen boikot produk dari Perancis susulan kenyataan kontroversi pemimpinnya.

Kempen boikot tersebut dibuat selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron membuat kenyataan disifatkan paling buruk dalam pentadbirannya berkaitan Islamofobia.

Macron dilapor menyampaikan ucapan dengan mendakwa penganut agama Islam di negaranya menyebabkan perpecahan dan politik bersentimen agama yang bertentangan dengan nilai negara tersebut.

Malah, beliau juga mendakwa Islam menyebabkan pelbagai krisis diseluruh negara.

Bagaimanapun, membalas kenyataan tersebut, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan Macron mempunyai masalah mental dan perlu menerima rawatan.

Beliau berkata demikian mempersoalkan apakah masalah yang timbul antara Islam dan penganutnya dengan Macron sehingga tuduhan melulu dibuat.

Erdogan kata, beliau berasa pelik dengan sikap Macron, bagaimana seorang pemimpin kepada jutaan penduduk negaranya boleh berkata demikian.

Ekoran kenyataan Erdogan itu juga, Perancis memanggil balik wakil kerajaannya di Turki.

Susulan itu juga kempen boikot produk dari Perancis diboikoi dimulai denagn penduduk Pakistan kemudian Turki dan gesaan tersebut juga dibuat kepada penduduk di negara-negara timur tengah.

Dalam pada itu, Pengarang The News Ansar Abbasi iaitu sebuah agensi berita dari Pakistan menggesa umat Islam di seluruh dunia melakukan protes terhadap Perancis.

Hal demikian kerana Macron membuat tuduhan memalukan berhubung Islamofobia.

Oleh demikian, kempen #boycottfranceproducts dalam media sosial terutamanya Twitter kini menjadi trending.

Malah boikot tersebut juga dibuat secara besar-besaran di Pakistan sehingga sebuah papan tanda turut dipasangkan di tepi jalan di negara itu. – SM

 

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button