Nasional

Syed Saddiq dipenjara 7 tahun, sebatan dan denda RM10 juta

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan menerima dua sebatan rotan bagi pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah (CBT), menyalahgunakan harta dan dua pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid turut mengenakan denda RM10 juta terhadap Presiden Muda itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan alasan yang munasabah terhadap kes pendakwaan hari ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan rotan kerana bersubahat melakukan CBT melibatkan RM1 juta dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Tertuduh juga berdepan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi kesalahan menyalahgunakan harta untuk dirinya iaitu wang berjumlah RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Syed Saddiq turut dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta jika gagal bayar dua tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram. Mahkamah memerintahkan hukuman itu dijalankan serentak.

Mahkamah membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan. – SM

Baca : Pusat Pengajian Bahasa Melayu UPSI di Uzbekistan Johan PABM tiga tahun berturut-turut

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button