NasionalNegeri

Basmi kemiskinan secara bersepadu – Pemangku Raja Perlis

DALAM usaha membasmi kemiskinan di Perlis, tindakan bersepadu perlu diberi tumpuan dan dilaksanakan secara kolaborasi, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sehubungan itu, titah Baginda, semua pihak perlu menggembeleng tenaga dan memberi komitmen yang tinggi agar taraf hidup golongan ini dapat ditingkatkan melalui peningkatan pendapatan yang mampan.

“Berdasarkan rekod, seramai 11, 032 Ketua Isi Rumah (KIR) telah berdaftar dalam sistem eKasih di bawah kategori miskin dan miskin tegar di negeri ini,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sebelum itu, Baginda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berangkat singgah menyampaikan agihan zakat sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli.

Penerima tersebut adalah Abu Seman Saad, 73 di Kampung Bawah Bukit; Besah Mat, 65 di Kampung Balik Bukit; dan Raimijim Abdurajin, 48 di Kampung Titi Besi, Chuping.

Masing-masing menerima RM700 secara tunai, sekampit beras serta bekalan makanan mentah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, golongan yang memerlukan ini harus diberi perhatian dari semasa ke semasa.

Titah Baginda, maka semua pihak berwajib perlu memastikan golongan ini mendapat sumbangan dan bantuan yang sewajarnya. – SM

Artikel berkaitan > Bekerja, berusaha imarah bumi perintah Allah – Pemangku Raja Perlis

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button