Nasional

“Tragedi Double Six”: Bukan bapa saya sahaja bertanggungjawab

ANAK kepada juruterbang pesawat yang terhempas di Sabah pada 1976 menyatakan, bapanya tidak sepatutnya menjadi satu-satunya pihak dipersalahkan dalam insiden itu.

Nizam Gandhi berkata, bapanya, Gandhi J Nathan, tidak sepatutnya menjadi satu-satunya orang bertanggungjawab dalam nahas itu yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah pada ketika itu, Fuad Stephens dan 10 yang lain.

“Syarikat penerbangan memegang tanggungjawab lebih besar dalam memastikan muatan pesawat mengikut garis panduan.

“Juruterbang tidak sepenuhnya bertanggungjawab kerana syarikat yang perlu menyediakan kertas muatan sebelum berlepas,” katanya menurut The Star.

Beliau berkata, syarikat penerbangan memegang tanggungjawab lebih besar dalam memastikan muatan pesawat mengikut garis panduan.

“Juruterbang tidak sepenuhnya bertanggungjawab kerana syarikat yang perlu menyediakan kertas muatan sebelum berlepas,” katanya.

Semalam, Kementerian Pengangkutan mendedahkan laporan nahas yang berlaku pada 6 Jun 1976 susulan persetujuan kerajaan menyahklasifikasi kerahsiaan laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan tiada bukti sabotaj, kebakaran atau letupan yang menyebabkan berlaku nahas tersebut yang juga lebih dikenali sebagai “tragedi Double Six”.

Menurut laporan itu, pesawat diselenggara mengikut jadual dan terbang dengan had berat yang dibenarkan. Bagaimanapun, kedudukan pusat graviti pesawat di luar had buritan kapal, kata laporan itu.

Kata laporan itu lagi, jelas prosedur operasi yang dijalankan oleh juruterbang syarikat tidak mengikut standard profesional.

Ia juga berkata, terdapat masalah dengan prosedur operasi pematuhan profesional oleh syarikat mengendalikan penerbangan itu dan juruterbang telah melebihi tempoh bertugas 10 jam selama 67 minit.

Ia juga menambah bahawa Gandhi mempunyai sejarah penerbangan buruk.

Laporan itu disediakan bersama oleh Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Australia. – SM

BACA Tragedi empat sekeluarga maut kemalangan di simpang tiga

BACA 6 guru baharu ganti guru maut tragedi tanah runtuh 16 Disember lalu

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button