Nasional

COVID-19: Tentera digerak Ahad ini bantu polis

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan bermula Ahad ini dalam tindakan mengurangkan pergerakan rakyat.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini dengan kes COVID-19 di negara ini mencatat dua kematian dan 900 kes dijangkiti, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menegaskan, namun ia bukanlah satu perintah darurat.

Kata beliau, kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.

“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.

“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.

“Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan,” kata beliau. – SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button