Nasional

Muhammad Yusoff ditemani peguam Mohamed Haniff di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Muhammad Yusoff Rawther yang mendakwa dicabul Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bukit Aman hari ini ditemani peguam terkemuka Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Mohamed Haniff Khatri  merupakan peguam yang turut mewakili Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam beberapa kes termasuk kes laporan RCI mengenai kerugian urus niaga mata wang asing.

Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), sebuah agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Muhammad Yusoff yang merupakan bekas Pegawai Penyelidik Anwar tiba di pondok keselamatan pintu masuk utama Bukit Aman pada pukul 12.44 tengahari untuk memberi keterangan kepada polis berhubung laporan dan akuan bersumpah yang diserahkan kepada polis semalam.

Dalam laporannya semalam, beliau mendakwa telah dicabul oleh suami Timbalan Perdana Menteri itu pada Oktober lalu.

Beliau yang tiba dengan menaiki kereta Mercedes hitam sebelum memasuki pondok keselamatan utama untuk mendapatkan pas masuk ke dalam Bukit Aman tidak memperdulikan pemberita dan jurukamera yang membuat liputan.

Muhammad Yusoff sebelum mendedahkan salah laku seksual yang didakwa dilakukan pemimpin tertinggi PKR itu terhadapnya pada Oktober lepas melalui akuan bersumpahnya bertarikh 19 November.

Akuan bersumpahnya turut tular di platform media sosial.

Tuduhan Muhammad Yusoff itu bagaimanapun telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Anwar yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 bagi mengantikan Dr. Mahathir.

Menganggap tuduhan berkenaan sebagai ‘fitnah tanpa asas’, Anwar berkata, tindakan yang dilakukan bekas penyelidiknya itu adalah muslihat untuk menjatuhkan imejnya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.-SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button