Nasional

Kementerian Kesihatan luluskan vaksin pfizer dos penggalak

KEMENTERIAN Kesihatan telah mendapat kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Cormirnaty keluaran Pfizer sebagai dos penggalak pertama untuk memerangi COVID-19 di negara ini.

Perkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang hari ini,

Vaksin Cormirnaty itu adalah keluaran Pfizer Manufacturing Belgium (NV) dan Biontech Manufacturing GmbH, Germany.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia akan diberi sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua kepada individu berusia 18 tahun ke atas.

“Vaksin Comirnaty sebelum ini sudah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berusia 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lalu.

“Ini adalah vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button