Politik

Talian Kasih 15999 untuk mangsa penderaan Wanita dan Kanak-Kanak

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Penderaan Kanak-Kanak

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, oleh itu KPWKM melaksanakan pelbagai inisiatif dari segi perlaksanaan dasar dan perundagan.

“Terdapat beberapa langkah untuk membantu melindungi kanak-kanak dan wanita yang kurang bernasib baik termasuk mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

“Melalui garis panduan ini, pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS sebelum diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Selain itu, katanya lagi, KPWKM turut menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat JKM Negeri yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.

Penderaan Wanita

Jelas beliau, ia turut melibatkan keahlian Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan pelindung bagi kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan orang yang bukan ibu atau bapa kanak-kanak. Nancy berkata demikian di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, bagi individu yang bersalah melakukan penganiayaan terhadap penderaan terhadap kanak-kanak sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal, emosi dan seksual dikehendaki menjalani Perintah Khidmat Masyarakat sebagai hukuman mandatori.

Peranan JKM akan memastikan pusat-pusat jagaan ini beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan seperti melaksanakan Lak/ Sita, pendakwaan dan kompaun. Pada masa yang sama, Task Force Pemutihan dan Tindakan Penguatkuasaan ke atas Pusat Jagaan yang tidak berdaftar turut telah ditubuhkan, katanya.

Tambah beliau, dari segi advokasi, KPWKM menerusi LPPKN juga sentiasa mempergiatkan program kesedaran yang melibatkan ibu bapa, kanak-kanak dan komuniti setempat menerusi penganjuran Kursus Pra Perkahwinan SMARTSTART dan Ilmu Keluarga@LPPKN yang merupakan program bagi pengukuhan institusi kekeluargaan.

“Selain daripada itu orang ramai juga menghubungi Talian Kasih 15999 untuk mendapatkan bantuan malah skop perkhidmatan ini juga boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp ia merupakan bebas tol dan beroperasi sepajang tahun,” katanya.

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button