Nasionalpilihan

Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor

Suspek yang terbabit dalam kes tembakan di balai ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibawa ke Selangor dari Kelantan hari ini.
Suspek telah diberkas di Kota Bharu semalam dan hari ini Mahkamah Majistret telah membenarkan tahanan reman selama tujuh hari.
Bagaimanpun hari ini suspek telah dipindah ke Selangor melalui pesawat khas hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut berkait kes tersebut dilakukan secara lebih terperinci.
“Selain itu, kita juga akan memanggil semua saksi-saksi yang terlibat bagi melengkapkan lagi siasatan,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button