Nasional

TERTINGGI! 432 kes baharu Covid-19

NEGARA mencatatkan kes Covid-19 tertinggi hari ini dengan 432 kes menjadikan keseluruhan kes aktif kini adalah sebanyak 2336 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 432 kes melibatkan jangkitan tempatan dengan 409 adalah warganegara dan 20 bukan warganegara.

Kedah mencatatkan bilangan jangkitan tertinggi iaitu 241 kes diikuti Sabah (130) dan Selangor (34).

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pertambahan 7 kes, Terengganu (5), Labuan (4), Johor (2), Selangor (2), Putrajaya (2), Sarawak (1) dan Kelantan (1).

Sementara tiga kes lagi melibatkan kes import iaitu 2 warganegara dan seorang bukan warganegara.-SM

 

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button