Nasional

Telco perlu maklumkan masalah teknikal lebih awal – CFM

MASALAH gangguan perkhidmatan Celcom yang berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam benar-benar menimbulkan rasa marah dikalangan penggunanya.

Menurut  kenyataan media yang dikeluarkan oleh Celcom semalam, masalah teknikal ini telah diselesaikan dan sebagai tanda penghargaan, penggunaan kuota data bagi pelanggan yang terjejas tidak akan dikurangkan dari pukul 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam semalam.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia CFM, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihak berkenaan perlu peka dan mengambil langkah selanjutnya bagi mengelak perkara itu berlaku.

“Kita melihat perkara ini bukan sekadar pemberian kuota data percuma, sebaliknya pengguna perlu jaminan bahawa gangguan seperti ini tidak menjadi kebiasaan.

“Pengguna juga perlu dimaklumkan dengan kadar segera jika berlaku gangguan rangkaian agar tidak menimbulkan kegusaran kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pelbagai masalah telah dilaporkan pengguna di media sosial seperti tidak dapat melakukan transaksi pembayaran dalam talian dan tidak dapat menghubungi
keluarga.

Jelasnya, perkara itu menjejaskan pengalaman penunggang perkhidmatan e-hailing serta menjejaskan punca rezeki pemandu berkaitan, dan pelbagai masalah lain lagi.

“Ianya menjadi lebih kritikal dalam norma baharu apabila pengguna terlalu bergantung dengan perkhidmatan ini,” tambah beliau.

Tambahnya, CFM sentiasa menyarankan pengguna untuk melaporkan aduan kepada Telco masing-
masing dengan menyertakan maklumat terperinci mengenai masalah yang dihadapi.

Jika masalah tersebut masih tidak diselesaikan, laporkan kepada CFM melalui portal aduan
bersepadu MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/. -SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button