Politik

‘Game On!’, Najib balas pantun Anwar

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu syarikat Sapura Energy Berhad (SEB).

Baca artikel ini > Anwar sahut cabaran Najib dalam debat Sapura Energy

Beliau meminta pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaturkan dengan media sekiranya ada pihak yang berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. ‘Let’s rock’.

“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa.

Baca artikel ini > Rafizi bidas Najib isu Sapura: Najib ‘tembak’ balik

Semalam, Najib menyahut cabaran debat Rafizi berhubung isu syarikat terbabit tetapi berkata ia perlu disertai Anwar.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, beliau sudah menjawab semua kenyataan Rafizi setiap kali naib presiden PKR itu memuat naik isu Sapura di Facebooknya.

“Setakat ini, dia cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini. Ketiga-tiga sanggahan Rafizi, saya sudah jawab siap dengan fakta dan bukti,” katanya. – SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button