EkonomiNegeri

MYNIC Berhad perkenal domain COOP.MY

15,000 koperasi berdaftar SKM dibantu perkasa pendigitalan dalam perniagaan

MYNIC Berhad memperkenal domain COOP.MY kepada hampir 15,000 koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi mendigitalkan premis masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MYNIC Berhad, Datuk Ts. Hasnul Fadhly Hasan berkata, dengan perjanjian persefahaman (MoU) merupakan salah satu inisiatif bersama untuk membantu koperasi yang berdaftar dalam meningkatkan kapasiti serta keupayaan perniagaan mereka dari ‘offline’ ke ‘online’.

Katanya, sejajar dengan tema sambutan 100 tahun gerakan koperasi Malaysia iaitu Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia maka COOP.MY yang diperkenalkan bakal menjadi platform kepada mereka untuk meningkatkan daya saing, kompetitif serta kekal relevan selain merangsang pertumbuhan aktiviti ekonomi digital negara.

“Melalui COOP.MY, ianya dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan serta menaik taraf perniagaan agar sesuai dengan perubahan landskap ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

MYNIC Berhad adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang merupakan pendaftar dan pentadbir tunggal rasmi nama domain .MY telah memperkenalkan inisiatif Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) dan pengenalan nama domain COOP.MY sebagai identiti digital khas kepad koperasi yang berdaftar dengan SKM.

Dokumen MoU tersebut ditandatangani oleh Hasnul Fadhly Hasan mewakili MYNIC Berhad bersama Pengerusi Eksekutif SKM, Zazali Haron dan Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha K-KOM, Ma. Sivanesan Marimuthu dan Pengerusi MYNIC Berhad, Dr Mohamed Awang Lah. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button