Hiburan

IG “Norish Karman” serang adik arwah Benjy, tuduh tak bantu arwah

BARU dua hari lepas Allahyarham Benjy dikebumikan, sudah muncul berita yang kurang sedap didengar melibatkan adik arwah.

Seorang daripada adiknya, Inessa Irdayanty memberitahu terdapat satu akaun Instagram yang menggunakan nama seorang pelakon wanita telah menyerangnya dan menuduh dia tidak membantu arwah.

Menurut Inessa, dia pada mulanya tidak mahu mengambil peduli mesej tersebut tetapi akhirnya terpaksa membuat kenyataan selepas pelakon itu turut mengaitkan arwah ibunya dan kakaknya.

“Saya tidak tahu sama ada akaun Facebok ini adalah akaun sebenar atau palsu tetapi kubur abang saya masih merah lagi, dia boleh tanya benda-benda macam ini.

“Kau cari pasal! Aku tengah kerja, dapat your message, mula nak ignore. But you dragged my sister and my mom into this? Kau cari pasal. Kat profile tulis takziah la you’re my idol la apa bagai, pastu to me, tergamak tulis camtu,” katanya.

Menurut Inessa, pelakon tersebut tidak tahu apa-apa berkenaan apa yang mereka sanggup lakukan untuk arwan sebelum ini.

“Kau tahu ke berapa banyak kakak aku kasi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu ke how kakak aku juggled 3-5, sometimes SEVEN jobs at one time (!!!) sampai masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja.

“Sebab dia bagai NAK MATI cari duit nak hantar kat abang aku? Kau tahu ke berapa kali kakak aku NAK BUNUH DIRI sebab tak tahan ngan pressure jaga abang aku?” jelasnya.

Menurutnya lagi, dia juga memberitahu telah menjaga bapanya yang sudah sakit selama empat tahun.

“Kau tahu ke bapak aku dah sakit empat tahun, aku jaga dia sorang!? Kau tahu ke bapak aku sendiri hampir mati 5 kali dah dalam 4 tahun ni, aku kena handle sorang? Selain suami aku ngan kakak aku, AKU HANDLE SORANG!

Kau tahu ke berapa RIBU aku belanja tiap-tiap bulan nak jaga bapak aku? Aku tak pernah mintak tolong sapa-sapa pun,” luahnya.

Ujarnya, sebelum ini dia juga sudah beberapa kali terpaksa membatalkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Dedahnya, duit simpanan untuk dia berkahwin juga terpaksa dihabiskan untuk membantu mhlu keluarganya.

“Kau tahu ke berapa kali aku dah plan nak kahwin, aku kena batalkan? Berapa banyak duit aku dah simpan nak kahwin pastu kena habis belanja sebab nak tolong mak aku, pastu tolong abang aku, pastu tolong bapak aku.

“Bukan sekali dua kali, ok? SEMBILAN TAHUN aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan last2 aku kahwin buat nikah covid je tahun lepas?

“Kau tahu ke abang aku pernah nak mampus dah masa dia masih kat KL and aku ngan suami aku yang tolong sihatkan dia semula sampai dia boleh hidup normal balik? Kau tahu ke berapa kali aku nangis mintak ampun ngan abang aku sebab aku tak mampu nak tolong lebih?

“Kau tahu ke berapa kali ABANG AKU yang mintak ampun ngan aku for everything that has happened?

“YOU DON’T KNOW SHIT! If your mother knew this?” Trust me, if my mother saw your messages, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah, Norish. You don’t know SHIT!,” ujarnya. -SM

(Visited 944 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button