Nasional

Peruntukan RM2.8 bilion untuk selenggara jalan persekutuan dan jambatan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan besar sebanyak RM2.8 bilion dalam Bajet 2024 yang dikhususkan untuk menyelenggara jalan persekutuan dan jambatan, seterusnya meningkatkan infrastruktur negara.

Anwar mendedahkan bahawa dalam peruntukan ini, RM300 juta akan diperuntukkan secara jelas untuk kontraktor G1 hingga G4, memastikan projek penyelenggaraan dan pembaikan jalan raya berjalan dengan cekap.

Beliau berkata, perkhidmatan jurutera daerah akan terus diperkasakan bagi menangani segera aduan kecil dan tidak dijangka melibatkan jalan persekutuan.

“Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM200,000 daripada RM100,000 kepada 115 jurutera daerah dengan jumlah bajet sebanyak RM30 juta.

“Sebanyak RM100 juta akan disediakan untuk menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan lampu sedia ada dengan jenis LED yang boleh menjimatkan tenaga elektrik sehingga 60 peratus.

“Selain itu, RM50 juta disediakan bagi tujuan sama di majlis tempatan di seluruh negara. ”

Masalah keselamatan juga sedang ditangani, dengan RM50 juta diperuntukkan untuk membetulkan kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi.

Ini termasuk memodenkan lampu isyarat sedia ada kepada sistem lampu isyarat pintar di jalan persekutuan, langkah penting dalam menguruskan kesesakan lalu lintas dan memastikan keselamatan jalan raya.

Anwar turut menggariskan kepentingan penyelenggaraan kemudahan awam dengan memperuntukkan RM150 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan tandas awam di 150 majlis tempatan di seluruh negara. -SM

Baca : Kerajaan akan teruskan pemberian rebat elektrik kepada golongan miskin

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button