NasionalPendidikan

12 pensyarah UPSI terpilih sertai Program Fellowships Australia 2023

SERAMAI 12 pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) terpilih untuk menyertai Program Fellowships Australia 2023 sekali gus dianggap satu pengiktirafan terhadap universiti pendidikan ulung negara itu.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Naib Canselor. Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata dengan pemilihan itu, mereka sekali gus menjadi peneraju untuk aktiviti selaras dengan visi dan misi Centre on Disability & Community Inclusion (CCDI) UPSI sebagai Pusat Rujuk Orang Kurang Upaya (OKU) Negara pada masa depan.

Menurut beliau anugerah berprestij Fellowships Australia 2023 tajaan kerajaan Australia melalui Department of Foreign Affair & Trade (DFAT) ini sudah memasuki siri yang ke-18 pada tahun 2023 dan ini adalah adalah kali pertama UPSI terpilih menyertainya.

Melalui anugerah ini, disusun program yang diketuai oleh Prof Dr David Evans (University Sydney, Australia), manakala Dr Hasrul Hosshan mengetuai kumpulan penyelidik UPSI bersama 11 penyelidik lain iaitu Dr Masayu Dzainudin, Dr Iylia Dayana Shamsudin, Dr Nurfarhana Diana Mohd Nor, Dr Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Dr Nik Muhammad Hanis Nek Rakami, Ts. Dr Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Dr Mohd Syaubari Othman, Dr Mohd Muslim Md Zalli, Dr Nor Mashitah Mohd Radzi, Dr Vestly Kong Liang Soon serta Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib.

Selain itu Dr Rosmalily Mohd Salleh dari Bahagian Pembangunan Kurikulum; Guru Cemerlang dan Pelajar Doktor Falsafah Pendidikan Khas UPSI, Siti Intan Farhana Mohd Fawzy, serta Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Trolak Selatan, Rosliah Ibrahim untuk meraikan OKU dalam komuniti.

Dr Hasrul Hosshan berkata Program Fellowships ini bertajuk “Enhancing Partnerships Between Malaysia and Australia to Build Sustained Benefit for All” berjalan untuk tempoh antara 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2024 iaitu selama 16 bulan.

Prof Dr David Evans (tengah0 bersama penyelidik kumpulan penyelidik yang terpilih Program Fellowships Australia 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Australia.

Dalam tempoh itu, mereka akan menghasilkan artikel bersama ahli fellowships (satu artikel WOS) dengan beberapa ahli penyelidik pusat penyelidikan di Universiti Sydney membabitkan Centre for Disability Research and Policy, Centre on Disability Studies, The South East Asia Centre serta Brain and Mind Centre.

UPSI, katanya, menerima AUD 414,000 (RM 1,242,000) bagi menjayakan program itu.

“Jumlah kewangan ini adalah untuk menampung kos aktiviti yang merangkumi elaun tiket penerbangan, elaun tempat tinggal, elaun sara diri, elaun yuran kursus dan elaun kesihatan sepanjang tempoh Program Fellowships, ” katanya. -SM

Baca : UPSI lancar tabung bangunkan Alumni Square

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button