Rencah Hidup

Israel benar penduduk Gaza sambut Krismas di Baitulmaqdis, Tebing Barat

ISRAEL membenarkan penduduk Gaza beragama Kristian menyambut Hari Natal di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, kata Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah (COGAT) pada Ahad.

Mejar Jeneral COGAT, Kamil Abu Rukun, memberikan kemudahan perjalanan kepada penduduk beragama Kristian sebagai menghormati cuti hari Natal.

Permit memasuki kawasan Baitulmaqdis dan Tebing Barat akan dikeluarkan sejajar dengan penilaian keselamatan tanpa mengira had umur, menurut kenyataan media sosial Twitter COGAT.

Agensi berita

Sputnik melaporkan, wakil komuniti Katolik Palestin sebelum ini menggesa pihak berkuasa Palestin membenarkan penduduk Gaza menyambut Krismas di Baitulaham. – BERNAMA

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button