Nasional

Bangga buat terowong, menara, bila buat masjid mula negatif

MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mengkritik projek Quranic Village atau Perkampungan al-Quran di Putrajaya.

Annuar berkata, pihak yang sama bangga bila mahu membina lapangan terbang dan menara walaupun sudah wujud pembinaan kemudahan yang sama di lokasi berhampiran.

Katanya, pihak yang sama turut berasa bangga bila mahu membina terowong bawah laut walaupun telah ada dua jambatan yang boleh digunakan untuk merentasi laut berkenaan.

“Ada yang bangga bila buat lapangan terbang, walau sudah ada airport berdekatan. Bangga buat terowong bawah laut, walau ada dua jambatan merentasi laut.

“Bangga nak buat menara walau dah bersepah menara di Kuala Lumpur. Tapi bila nak buat masjid, pusat al-Quran mereka mula negatif,” kata Annuar kesal.

Hari ini ciapan Annuar mengenai projek Quranic Village dihentam golongan yang tidak senang dengan pembinaannya.

Menurut mereka lebih baik wang tersebut digunakan untuk masyarakat ketika Covid-19 sedang melanda.

Annuar berkata, projek itu akan diuruskan secara bersama oleh Perbadanan Putrajaya dan Yayasan Restu.

“Pembiayaannya turut di biayai melalui Dana Wakaf dan swasta. Ia merupakan extension kepada Kompleks Nasrul Quraan sedia ada. Mungkin ramai yang belum lawati pusat ini,” kata Annuar.

Annuar dalam kenyataan awalnya berkata, rekabentuk Quranic Village sudahpun hampir siap dan akan memulakan pembinaannya di pusat pentabiran kerajaan, Putrajaya tahun depan.

Peruntukan awal bagi pembinaan perkampungan itu di atas tapak seluas 20 ekar sudahpun diluluskan.

Perkampungan Al-Quran akan dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta. Antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan ‘al-Quran’ bernilai RM50 juta.

Masjid baharu di Perkampungan al-Quran itu akan menjadi masjid ketiga di Putrajaya dan akan dibina di Presint 14.

Pembinaan Perkampungan al-Quran adalah langkah untuk memperluaskan lagi identiti bandar pentadbiran negara itu yang sinonim dengan seni bina serta ‘roh’ Islam dan juga lokasi pusat pencetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.-SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button