Politik

Kerajaan PN di Perak mesti dikekalkan – Ahmad Maslan

UMNO menggesa agar Kerajaan Perikatan Nasional di Perak yang kini bergolak berikutan kegagalan usul undi percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Uzumu perlu dikekalkan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berpendirian bahawa Bersatu dan Pas perlu terus bersama-sama untuk mendokong Kerajaan Perikatan Nasional di Perak.

“UMNO berpendirian bahawa Kerajaan PN di Perak mestilah dikekalkan. Semua Exco Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan. UMNO juga berpendirian bahawa PPBM dan Pas barus bersama mendokong Kerajaan PN Negeri Perak,” kata Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Bharu (BN) Abdul Manaf Hashim hari ini mengusulkan undi percaya terhadap Ahmad Faizal selaku Menteri Besar Perak. Usul itu disokong ADUN Kenering (BN) Mohd Tarmizi Idris.

Pengundian menyaksikan Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan termasuk oleh Abdul Manaf dan Mod. Tarmizi. Hanya 10 ADUN yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Ahmad berkata, undi tidak mengubah status kerjasama parti-parti politik dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

“Undi percaya yang berlaku pada hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengudah status kerajaan negeri,” tegas Ahmad dalam satu kenyataan.-SM

(Visited 878 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button