Ekonomi

Meratus Indonesia lancar laluan baharu Tg Priok-Pelabuhan Klang

SYARIKAT perkapalan Indonesia, Meratus Lines melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta dengan Pelabuhan Klang di Selangor bagi menampung permintaan yang kian meningkat.

Laluan baharu itu sudahpun mula beroperasi sejak 7 Mac lalu dengan pelepasan kapal Meratus Project 3 yang berkapasiti 8,400 tan.

Untuk rekod, kapal Meratus Project 3 berlepas terus dari Jakarta menuju ke Pelabuhan Klang tanpa berhenti di terminal lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Meratus Lines, Farid Belbouab dalam kenyataannya hari ini berkata, laluan terbaharu itu dijangka memenuhi permintaan perdagangan antara Indonesia dan Malaysia, sejajar dengan aliran menaik dalam ekonomi global.

Beliau berkata, ini adalah laluan antarabangsa keempat syarikat dalam tempoh enam bulan lepas.

Ia juga melengkapkan 30 laluan domestic sedia ada untuk menyokong rantaian logistik nasional, kata Farid.

Katanya, Meratus juga bercadang melancarkan laluan tambahan seperti ke China dan negara Asia Tenggara lain dalam usaha untuk terus mengembangkan rangkaiannya.

Untuk rekod, syarikat perkapalan Meratus Lines ditubuhkan pada 1957, mempunyai lebih 35 laluan, 35 rangkaian agensi, dua terminal kontena, 15 pusat logistik kontena dan lebih 65 kapal. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button