Uncategorized

Usah bertelagah soal logo, satukan hati ketepikan perbezaan-AMK

Bertemakan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan jelas telah memberi gambaran bahawa Kerajaan Malaysia Madani kini tekad untuk menjadi pemimpin bersama rakyat dan berhenti bermain politik demi kepentingan sendiri atau sesebuah parti.

Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Fify Nuriety Harfizy berkata, ini juga didokong dengan konsep Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.

“Maka hentikan bertelagah kerana logo dan melakukan sesuatu yang mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) juga telah berlalu dan sudah masanya untuk seluruh barisan pimpinan tidak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, merapatkan saf dan mula bekerja.

“Pakatan Harapan (PH) masih komited dan berpegang pada prinsip mereformasikan institusi dan membawa budaya “good governance” dalam pentadbiran sedia ada.

“Jadi saya berharap agar pihak pembangkang juga harus membuka lembaran baru dengan jauh kehadapan yang boleh dijadikan contoh kemudian hari,” ujarnya.

Katanya, adalah lebih baik jika kita bersatu hati demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

“Dinamik yang ada pada kerajaan perpaduan ini saya yakin akan membawa perubahan yang lebih ideal, bernafas baru dan efektif.

“Sikap keterbukaan negeri Terengganu untuk menggunakan logo yang sama perlu dicontohi oleh pembangkang yang lain,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, soal parti mana yang memimpin, itu soal kedua.

“Apa yang penting ia perlu membawa suasana politik yang lebih matang dan adil bagi semua. “Dimana walaupun berbeza ideologi, namun masing-masing perlu bersama demi kesejahteraan Malaysia,” katanya. – SM

BACA KPJ Perlis mahu kakitangan hayati Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

BACA Logo dan tema Hari Kebangsaan itu cuma di peringkat PN, bukan Persekutuan!

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button