NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis lancar produk SUKA keluaran PUSPEN, AADK

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan jenama dan logo produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (SUKA) keluaran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Pelancaran itu dilakukan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di PUSPEN Bukit Chabang, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar sempena Sambutan Hari Terbuka Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2023.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan cederamata selepas melancarkan produk SUKA di PUSPEN Bukit Chabang, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar sempena Sambutan Hari Terbuka AADK 2023.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang, Mohamad Zaki Farkhi Ahmad.

Sementara itu, Sutekno berkata jenama SUKA digunakan oleh AADK bagi memasarkan produk yang dihasilkan oleh klien (pelatih PUSPEN) yang meliputi hasil pertanian, kimpalan, jahitan dan makanan.

“Sesuai dengan perkataan SUKA sekaligus mengajak masyarakat untuk menyokong produk yang dihasilkan oleh pelatih PUSPEN bagi membina hidup baharu selepas bebas dari najis dadah,” katanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan jenama dan logo produk SUKA di PUSPEN Bukit Chabang, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar sempena Sambutan Hari Terbuka AADK 2023.

Beliau memberitahu, setakat ini lebih sepuluh jenis produk SUKA telah dihasilkan oleh 30 PUSPEN di seluruh negara.

Tambahnya, AADK menjangkakan jualan produk SUKA boleh mencecah sehingga RM500,000 tahun ini.

Menurut kenyataan media AADK, penjenamaan logo ini bertujuan membina satu identiti untuk mempromosikan dan memperkenalkan hasil produk PUSPEN di seluruh Negara.

Antara produk SUKA yang dihasilkan setakat ini antaranya Titi Gold Tart Nanas, Tart Roselle, Kopi Agenda, Madu Kelulut, kimpalan, penanaman cili dan penternakan lembu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan produk SUKA keluaran PUSPEN sambil diperhati Sutekno (kiri) di PUSPEN Bukit Chabang, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar sempena Sambutan Hari Terbuka AADK 2023.

Penjenamaan produk SUKA ini adalah satu daripada sembilan komponen yang ada dalam Model i-Pulih AADK.

Ia melibatkan komponen Latihan Kemahiran dan Vokasional dengan mendedahkan klien dengan ilmu kemahiran berasaskan empat bidang iaitu pertanian, perkhidmatan, pembuatan dan penternakan.

Usaha ini adalah salah satu bentuk sokongan dan terapi pengekalan kepulihan sepanjang hayat. – SM

BACA Pemangku Raja sambut baik pelabur bangunkan pertanian komersial di Perlis

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button