EkonomiUncategorized

Strategi membina untuk platform perbankan tidak digemari oleh 66% CIO di Malaysia bagi transformasi digital

Backbase, perintis global dalam Perbankan Libat Urus, hari ini mengumumkan terbitan IDC Infobrief yang  tertumpu kepada APAC, “Mempercepat Transformasi Berpusatkan Pelanggan dengan Menyeimbangkan Bina dan Beli – Satu Pendekatan Kerjasama Ke Arah Seni Bina Perbankan Digital Mampan,” yang mendedahkan hampir 45% CIO di Malaysia lebih cenderung untuk mengalu-alukan terima pakai dan bina bagi menguruskan risiko sambil pada masa sama meningkatkan keupayaan masa-ke-pasaran.

Laporan mendalam ini mendapatkan pandangan daripada 125 bank dan 316 CIO di APAC,  menawarkan perspektif serantau mengenai transformasi digital.

Dengan fokus terhadap landskap perbankan Malaysia, laporan ini meneliti isu-isu kritikal yang membentuk strategi-strategi institusi kewangan utama.

Cabaran terbesar adalah tugasan rumit untuk mengekalkan sistem legasi sedia ada mereka sambil pada masa sama meneroka peluang-peluang pertumbuhan. Laporan ini selanjutnya menggariskan kebimbangan bank-bank berhubung potensi gangguan dan risiko operasi yang dikaitkan dengan migrasi.

“Teknologi kewangan adalah salah satu daripada teknologi penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital – satu sektor pesat berkembang di Malaysia yang diunjurkan mencecah 25.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.

Berikutan pelbagai inisiatif oleh Bank Pusat, termasuk penerbitan lesen digital tahun lalu, kami melihat banyak bank memikirkan semula tawaran digital mereka dan memodenkan perbankan mereka bagi kedua-dua perbankan runcit dan perniagaan untuk membina ekosistem kewangan yang lebih berpusatkan pelanggan, inklusif dan saling berhubung,“ kata Riddhi Dutta, Naib Presiden Serantau, Asia Backbase.

Infobrief ini mencabar pendekatan sedia ada untuk membina penyelesaian dalaman bagi platform perbankan libat urus digital, dan mendapati bahawa 65% daripada bank-bank bersaiz pertengahan hingga besar di APAC memilih untuk membina platform perbankan libat urus dalaman bagi mencapai transformasi digital, namun, 70% daripada projek-projek ini gagal disebabkan kos yang tinggi dan kerja dalaman yang mengambil masa lama.

Daripada Infobrief, sejumlah 80% daripada platform libat urus digital dalaman dengan bajet  lebih USD10 juta tidak mencapai prestasi diharapkan dan tidak menghasilkan Pulangan-atas-Ekuiti yang disasarkan dalam inisiatif digital mereka.

Kekurangan dalam Pengalaman Digital

Walaupun telah melaksanakan transformasi digital sejak 2000-an, kebanyakan bank di APAC masih berada di peringkat awal, bergagal untuk memanfaatkan sepenuhnya manfaat-manfaat dan menyampaikan libat urus pelanggan yang terpuji.

“Membina secara dalaman telah menjadi strategi de-facto oleh bank-bank, namun ia tidak lagi berdaya saing untuk menghasilkan kepantasan dan skala yang diperlukan bagi menjadi kompetitif. Kerumitan yang datang dengan sejumlah besar lapisan data, saluran, ciri-ciri, integrasi hiliran dan juluan yang memerlukan sokongan legasi serta sistem moden untuk mengurus dan mengatur dengan sofistikated adalah di mana pelaksanaan secara dalaman menghadapi masalah,” kata Ashish Kakar, Pengarah Kanan Penyelidikan APAC daripada IDC.

IDC Infobrief menjelaskan berlaku hubungan terputus yang penting antara bank-bank dan pelanggan mereka, di mana kebanyakan produk dan tawaran perbankan dianggap “sempit” dan terhad.

Menerusi matriks yang diekstrak daripada Infobrief, bank-bank bersaiz pertengahan hingga besar di Malaysia dikategorikan di bawah kuadran Legasi bersama Filipina dan India.

Walau bagaimanapun, Malaysia lebih cenderung ke arah pendekatan “bina” berbanding dua negara lain dalam kuadran ini,

Menurut laporan ini, negara-negara dalam kuadran ini dianggap patuh kepada pendekatan IT tradisional, dengan IT sebagai pusat kos dan bukan sebagai pengubah transformasi.

Pelanggan berdepan cabaran mengakses pelbagai perkhidmatan dengan antara muka yang berbeza-beza, kurang pandangan bersepadu mengenai portfolio mereka dan berdepan proses penerimaan yang panjang. Permintaan bagi kelulusan segera dan proses digital yang diseragamkan masih tidak dapat dipenuhi, manakala pengalaman yang dikhususkan, pembahagian, dan promosi relevan berdasarkan gaya hidup pelanggan, detik kehidupan dan sasaran terus tidak disediakan.

Di samping itu, operasi sokongan berdepan masalah disebabkan kurangnya bantuan pintar dalam pusat panggilan, menyebabkan pelanggan terpaksa mengulangi maklumat kepada pegawai perkhidmatan yang berlainan berikutan ketiadaan pandangan pelanggan bersepadu 360 darjah.

Ini adalah hasil daripada fokus bank-bank untuk mencerapkan sejumlah besar sumber untuk membina platform perbankan berbanding mengutamakan pembentukkan perjalanan dan pengalaman huluan pelanggan yang berbeza.

“Lebih 150 bank-bank moden dan berpandangan hadapan telah mengguna dan membina bersama Platform Perbankan Libat Urus Backbase untuk mempercepatkan visi pergi-ke-pasaran dan mengutamakan untuk menginovasi pengalaman serta libat urus pelanggan digital yang berlainan.

“Sebuah platform yang sebenar datang dengan semua keperluan, daripada padanan pasaran, hinggalah keselamatan dan pematuhan kawal selia, kepada menjadi versatil dan boleh diubah bagi menyokong setiap keperluan pelanggan bank yang unik.

“Platfom ini adalah fabrik boleh digubah yang memberikan modulariti dan data boleh diguna semula serta
laluan untuk membantu bank-bank kalis masa hadapan dengan skala,” ujar Dutta.

Perubahan dalam Set Pemikiran: Melaksanakan Terima Pakai dan Bina untuk Memacu Pertumbuhan
Analisis di dalam IDC Infobrief mendapati pendekatan Terima Pakai dan Bina adalah penyelesaian pragmatik untuk bank-bank mempercepatkan usaha-usaha pergi ke pasaran, membezakannya di mana ia diperlukan berbanding mencipta semula kerangka dengan membina dari awal. Dengan menggunakan platform kolaboratif dan membinanya dari situ,

bank-bank boleh mencapai 40% masa-ke-pasaran lebih pantas, berbanding dengan tempoh 20 bulan secara tradisi dengan pendekatan "bina" sepenuhnya. Di samping itu, Terima dan Pakai terbukti 2.3 kali lebih kos efektif berbanding pilihan "bina" dalaman secara tradisional.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan lima bank digital yang dijangka beroperasi dalam 12 hingga 24 bulan akan datang. Laporan ini mendedahkan bahawa bank-bank digital baharu ini berkemungkinan akan menggunakan strategi kerjasama, dengan fokus untuk melaksanakan risiko dan plaform perbankan libat urus teras melalui strategi guna & bina.

Merentasi enam metrik utama — padanan pasaran dan pembezaan, risiko legasi, risiko membina, masa ke pasaran, memodenkan bakat dan set kemahiran IT, dan pematuhan kawal selia, pendekatan “Guna dan Bina” diberikan markah paling tinggi di rantau APAC dan telah menunjukkan kelebihan ketara berbanding dengan pendekatan “Bina” and “Beli”.

IDC Infobrief ini adalah yang pertama daripada dua panduan perundingan yang ditauliahkan oleh Backbase untuk memberikan panduan pragmatik bagi menilai strategi platform lebih berkesan yang boleh memacu libat urus pelanggan digital yang dipercepat serta berbeza.

 

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button