Luar Negara

Habuan Leissner USD41,000 sebulan hasil kerja sampingan

KELMARIN juri yang mendengar perbicaraan Tim Leissner diberitahu, dia bekerja sampingan dengan pejabat keluarga jutawan David Bonderman iaitu pengasas bersama TPG Inc semasa Leissner masih menjadi rakan kongsi di Goldman Sachs.

Leissner, saksi utama dalam perbicaraan pengubahan wang haram bekas rakan sekerjanya, Roger Ng berkata, pada 2015, dia memperoleh lebih USD41,000 sebulan menerusi jawatannya di Wildcat Capital Management yang menguruskan kekayaan peribadi Bonderman.

Katanya, dia tidak mendedahkan perolehan itu kepada Goldman di mana pada masa itu, dia adalah pengerusi Asia Tenggara. Leissner yang tidak memberi butiran mengenai peranannya itu, meninggalkan Goldman pada 2016.

Leissner yang mengaku bersalah atas peranannya dalam penyelewengan berbilion-bilion dollar daripada 1MDB, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Pegawai bank itu disoal selama beberapa hari oleh peguam Robert Ng yang cuba menjejaskan kredibilitinya dengan mendedahkan kepada juri keterangan bahawa Leissner adalah seorang “pembohong yang licik”.

“Leissner tidak pernah menjadi kakitangan (kami),” kata Wildcat dalam kenyataan.

“Dia pernah menjadi perunding pada permulaan musim panas 2015 namun serta-merta ditamatkan perkhidmatannya apabila situasi mengenai ‘penghijrahannya’ daripada Goldman Sachs diketahui.”

Pada awal perbicaraan, Leissner berkata, dia membantu anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mendapatkan pekerjaan di TPG Asia selepas pematuhan menghalangnya daripada berbuat demikian di Goldman.

Datuk Seri Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

AS berkata, kira-kira USD2.7 bilion daripada USD6.5 bilion yang dibantu dikumpul Goldman untuk 1MDB digelapkan oleh individu yang berkait dengan Najib.

Leissner mengaku menerima lebih USD60 juta dalam bentuk sogokan bagi memudahkan perjanjian bon 1MDB dan menerima bayaran USD12 juta daripada Goldman pada tahun pertama dia berbuat demikian.

Namun dalam keterangannya, Leissner berkata, ketidakpuasan hati mengenai gaji mendorong usaha dia dan Robert Ng berurus niaga dan kedua-duanya cuba menambah pendapatan menerusi perjanjian yang tidak diluluskan oleh bank.

The Wall Street Journal melaporkan pada 2016 Leissner memegang peranan sebagai penasihat buat seketika di Wildcat selepas dia meninggalkan Goldman pada tahun yang sama. – SM

 

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button