Politik

‘Dulu panggil saya budak mentah, kini 10,000 sudah daftar Muda’

PENGASAS Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa sejumlah 10,000 orang telah mendaftar secara dalam talian untuk menyertai parti itu.

Dalam Twitternya, Ahli Parlimen Muar itu berkata, jumlah tersebut dicapai dalam tempoh 48 jam selepas borang permohonan keahlian secara dalam talian dilancarkan.

Dalam ciapannya di Twitter, Syed Saddiq menyindir pihak yang dulu memanggil dirinya sebagai mentah, bodoh, tidak akan menang PRU dan ‘cucu’.

“Dulu panggil saya budak “mentah & bodoh” yang tak akan menang PRU. Bila berjaya di Muar dan ke Parlimen untuk berdebat dengan berhemah, disindir “cucu”

“Dalam 48jam, #MUDA sudah mendaftarkan +10,000 penggerak! Lagi disindir, lagi kami lawan!” kata Syed Saddiq.
Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, mengemukakan permohonan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)  Khamis lalu.
Borang permohonan keahlian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) secara dalam talian sementara menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendafataran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Mereka yang telah mengisi borang akan dihubungi kemudian untuk pendaftaran secara rasmi.
Antara butiran yang perlu diisi adalah alamat emel, nama, nombor telefon, umur, jantina, lokasi dan kawasan mengundi. Malah sehelai kemeja-T berwarna hitam dengan tulisan ‘Muda’ turut dijual pada harga RM50. -SM

 

 

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button