MahkamahNasional

Mahkamah dengar semakan kehakiman Swatch bulan depan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh mendengar permohonan Swatch Malaysia memulakan semakan kehakiman untuk mencabar tindakan kerajaan yang merampas 172 jam tangan termasuk siri Pride Collection.

Hakim Amarjeet Singh menetapkan tarikh itu hari ini selepas Peguam Nizam Bashir memaklumkan mahkamah bahawa pembuat jam tangan Switzerland itu perlu meminda kertas kausanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Irmawatie Daud yang mewakili kerajaan berkata, mereka tidak mempunyai bantahan terhadap pindaan itu.

Untuk rekod, pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan dari beberapa kedai Swatch antara 13 dan 15 Mei lalu.

Pembuat jam itu dimaklumkan melalui notis penyitaan kementerian bahawa jam tangan itu mempunyai unsur mempromosikan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Swatch mendakwa rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurut Swatch, di bawah akta itu, istilah penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.

“Jam tangan tersebut belum ditakrifkan sebagai penerbitan yang dilarang. Oleh itu pegawai tidak mempunyai kuasa memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya,” katanya dalam permohonan kebenarannya.

Swatch Malaysia berkata, beberapa model antara 172 jam tangan yang dirampas sudah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis aduan atau aduan mengenainya.

Syarikat itu berkata, peguamnya juga memohon KDN memulangkan jam yang dirampas namun kementerian tidak berbuat demikian.

“Pemohon juga menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik memadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan tidak lama lagi.

“Menteri itu berusaha untuk menunjukkan imej ‘Islamnya’ bagi tujuan politik,” dakwanya.

Dilaporkan, pegawai kementerian merampas jam tangan Pride Collection yang menampilkan warna Pelangi selepas pengguna media sosial mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan rock British, Coldplay untuk komuniti LGBTQ. – SM

BACA Wajarkah KDN rampas jam pelangi Swatch?

BACA Rampas jam ‘tema LGBTQ’, Swatch Malaysia saman Kerajaan

BACA Swatch terkejut, kecewa jam corak pelangi dirampas KDN

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button