Nasional

Dua pusat pemberi vaksin sektor perladangan dibuka di Selangor

DUA Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi sektor perladangan dan komoditi akan dibuka di Selangor.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyambut baik keputusan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) semalam yang telah meluluskan pembukaan dua PPVIN tersebut.

Dua lokasi PPVIN berkenaan terletak di di Ladang Tennameram di Bestari Jaya, Selangor dan di Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di Olak Lempit, Banting, Selangor.

Kedua-dua pusat itu dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya akhir bulan ini untuk pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan memberi fokus pemberian vaksin Covid-19 kepada pekerja sektor perladangan sawit

“Dalam menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada kumpulan barisan hadapan ekonomi, kelulusan yang telah diberikan oleh CITF adalah merupakan perkhabaran malah galakan yang sangat ditunggu-tunggu oleh industri sektor itu,” kata Mohd. Khairuddin dalam sati kenyataan.

Menurut Mohd. Khairuddin, KPPK amat menghargai penglibatan langsung Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Sime Darby Plantation Berhad (SDPB) bagi pengoperasian PPVIN di Ladang Tennameram. PPVIN tersebut mensasarkan 6,400 pekerja disuntik dengan vaksin Covid-19.

KPPK turut menghargai penglibatan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi pengoperasian PPVIN di FIDEC, Olak Lempit yang mensasarkan 7,800 pekerja.

Mohd. Khairuddin berkata, kementerian amat mengharapkan lebih banyak PPVIN sektor agrikomoditi akan dapat dibuka oleh pihak industri serta persatuan.

Ia bagi membantu Kerajaan menjayakan PICK dalam tempoh yang telah disasarkan bagi mencapai imuniti kelompok sekaligus menjayakan matlamat Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, pembukaan PPVIN yang seterusnya adalah tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan CITF.-SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button