Nasional

Julung kali Johor catat kes harian tertinggi, 6 mati, 8 kluster baharu

JULUNG kalinya Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (32.5 peratus) daripada keselurunan kes baharu harian yang dikesan iaitu sebanyak 1,870 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

Katanya, Selangor adalah negeri kedua terbanyak kes Covid-19 iaitu 472 kes diikuti Sabah sebanyak 280 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak sebanyak 402 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

Ia membabitkan Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Pagar Bentong (6 kes), Kluster Tembok Mempaga (4 kes), Kluster Tembok (4 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Tembok Gajah (2 kes), dan Kluster Hala Mutiara (1 kes).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 745 kes.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,562 kes.

“Sehingga kini, terdapat 131 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu menurut beliau, enam kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 463 kes.

Empat kes kematian berlaku di Sabah dan masing-masing satu di Johor dan Selangor. Mangsa melibatkan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 45 hingga 69 tahun.

Dalam pada itu sebanyak lapan kluster baharu dikesan melibatkan iaitu tiga di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Johor, Selangor, Perak, Pahang dan Kedah.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button