Politik

“Cicak mengkarung jangan mai, bawa Anwar Ibrahim” – Sanusi

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya politikus picisan yang dilabel beliau sebagai cicak mengkarung.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu berkata, gaya angkat tangan ketika beliau keluar dari mahkamah kerana tuduhan mengikut Akta Hasutan tempoh hari, menyamai gaya ketika Anwar berdepan dengan pertuduhan liwat serta salah guna kuasa.

“Aku lawan Anwar, cicak mengkarung tak payah datang,” katanya ketika berucap di Kedah malam tadi.

Menurut Sanusi tidak salah beliau melawan Anwar, kerana beliau bukan melawan perdana menteri, tetapi Anwar yang juga seorang ahli politik.

“Jadi malam ini saya isytiharkan, saya melawan Anwar,” katanya.

Katanya, Anwar sebelum ini 25 tahun meratib untuk menjadi perdana menteri, tetapi setelah mendapat jawatan berkenaan, semua janji selama ini tidak ditunaikan.

 

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button