Hiburan

Konsert Tujuh Vibrato Gitar: 7 gitaris, satu pentas saji persembahan luar biasa

Konsert lain daripada yang lain menampilkan persembahan alat muzik iaitu ‘Gitar’ dalam konsert ‘Tujuh Vibrato Gitar’ pada 3 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Dalam persembahan itu nanti, ditampilkan tujuh gitaris iaitu Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza dan Anis Kalisa diiringi para pemuzik profesional sebagai ‘house band’ iaitu Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard) dan Ainoll (dram) manakala penyanyi latar ialah Izzat dan Baby.

Antara Gitaris yang akan berentap

Turut menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat berkaitan dengan 7 orang gitaris tersebut.

Menurut Big Stage Entertainment Channel dari pihak penganjur, Konsert pada kali ini menyatukan 7 orang gitaris di satu pentas serta menyajikan persembahan yang hebat buat semua para penonton.

“Kami rasa terpanggil untuk menyajikan sebuah persembahan hebat khas untuk para peminat muzik rock khususnya gitar, kerana belum ada lagi mana mana persembahan yang mengumpulkan barisan TUJUH(7) orang pemain gitar handalan negara di atas satu pentas.

“Diharapkan para peminat muzik rock dapat hadir beramai ramai menyaksikan konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ yang julung kali akan diadakan. Nantikan dan rasailah sendiri pengalaman menonton konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023, jam 8.30 malam”. Katanya.

Genre muzik ‘rock n roll’ mula terkenal sejak tahun 1940-an sehingga 1950-an seterusnya menjadi pengaruh penting dalam perkembangan muzik.

Peranan bunyi dari permainan seorang gitaris itu sangat penting dalam menghasilkan muzik yang berkualiti dan diterima pendengar.

7 orang gitaris hebat dalam industri muzik Malaysia adalah luar biasa dan pertama kali akan dipersembahkan.

7 orang gitaris ini diundang berdasarkan keupayaan dan pengaruh mereka dalam genre muzik dan era mereka tersendiri.

TUJUH VIBRATO GITAR akan dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment
Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com.

Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00
Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00
Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00
Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM 5,000.00

Artikle Berkaitan :>

Kau Cantik single Edrie Hashim feat Bunyi.fx

Gitaris dan vokalis kumpulan Kembara meninggal dunia

(Visited 920 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button