MahkamahNasional

Pasangan suami isteri didakwa belanja duit terpijak RM208,329

MUNGKIN ini rezeki terpijak tetapi padahnya, sepasang suami isteri yang membelanjakan hampir kesemua duit berjumlah RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akuan bank mereka diseret ke mahkamah di Butterworth, Pulau Pinang.

Kelmarin, pasangan suami isteri ini berhadapan dengan 60 pertuduhan salah guna wang.

Tertuduh, pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth, Foon Char Peng manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 35 mengaku tidak bersalah.

Mereka didakwa secara bersama melakukan kesalahan menggunakan wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd., pada Julai dan Ogos tahun lepas.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata dan mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu menyalahguna harta secara curang. Seksyen ini memperuntukan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norliza Ab. Aziz dan Asma Amira Shahidan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, masing-masing RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Mahkamah putuskan sebutan semula kes pada 2 Februari ini. – SM

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button