Berita

Pihak Bomba masih menyiasat punca kebakaran di KWSP

Selepas 5 tahun Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di jalan Gasing, Petaling Jaya sekali lagi terbakar hari ini.

Dalam kejadian tersebut melibatkan dua aras bangunan terbakar kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan insiden kebakaran pada pukul 10.39 pagi tadi dan bergegas ke tempat kejadian.

Bagunan Simpanan Wang Pekerja dlaporkan terbakar

Katanya sebanyak 11 jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat telah dikerah, lebih 20 anggota dikerah ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Puchong, BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah bergegas untuk memadam api yang sedang marak.

“Bangunan terbakar hanya membabitkan tingkat 4 dan tingkat 5. Kami dapat mengawal api pada pukul 11.08 pagi hari ini.

“Alhamdulillah, bangunan KWSP lama itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.

Sementara itu, Pihak KWSP mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa bangunan tersebut tidak berpenghuni semasa kebakaran berlaku dalam masa yang sama pihaknya juga akan menyiasat punca kebakaran.

“Bangunan tersebut kosong dan tidak berpenghuni. Tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini, laporan lanjut akan diberikan dari semasa ke sama,” katanya.

Terdahulu, bangunan tersebut terpaksa ditutup selepas kejadian kebakaran pada Februari 2018.

ARTIKLE BERKAITAN : >

Anwar tak gentar pembangkang guna isu KWSP menjelang PRN

1 juta pekerja diberhentikan jika caruman KWSP majikan naik

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button