Analisis

PRN: PH/BN punyai kelebihan di Selangor

*RAMALAN KEDUDUKAN TERKINI PILIHANRAYA 6 NEGERI PADA 12 OGOS 2023 INI.*

09 Ogos 2023.
*DSBA | PRN 6 NEGERI.*
Published at 12.47 pm.

1. Kempen PRN 6 Negeri berbaki 2 hari sahaja lagi. Mengundi pada 12 Ogos ini.

Tumpuan diberikan kepada Negeri Selangor dimana pertembungan sengit bakal berlaku.

2. Di Negeri Terengganu, Perikatan Nasional dijangka menang 31 – 1.

BN dijangka menang di Telemong, Terengganu.

Ini berdasarkan kajian punggutan suara yang dilakukan di Terengganu.

3. Di Negeri Kelantan pula, Perikatan Nasional dijangka akan menang 42 kerusi.

PH-UMNO dijangka hanya akan menang di 2 DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang sahaja.

*43 – 2.*

4. Di Negeri Kedah pula, keputusan dijangka *34 – 2* berpihak kepada Perikatan Nasional.

*34 – 2.*

5. Manakala di Pulau Pinang, kemenangan dilihat berpihak kepada Pakatan Harapan dan UMNO dengan jumlah kerusi,

*26 – 14.*

6. Akhir sekali di Negeri Selangor.

Di Selangor sekiranya peratus orang-orang Melayu keluar mengundi rendah iaitu dibawah paras 70% peratus.

Perikatan Nasional dijangka akan tewas kepada Pakatan Harapan dan UMNO.

PN dilihat masih kekurangan beberapa kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah 29 kerusi.

7. Maka, Mori Poll yang dibuat mendapati PH-UMNO berada dihadapan sedikit daripada Perikatan Nasional.

Manakala PN dijangka hanya akan berupaya menang di kerusi-kerusi majoriti Melayu luar bandar.

*NEGERI SELANGOR.*
*PH-BN 29 vs. 27 PN.*

8. Tetapi sekiranya pengundi-pengundi Melayu ramai yang keluar mengundi dan berada pada paras 85% peratus keatas, PN kelihatan mempunyai peluang melakukan satu kejutan politik di Negeri Selangor.

Oleh yang demikian, Orang-orang Melayu terutamanya di Negeri Selangor berkali-kali diseru agar keluar beramai-ramai dan mengundi, agar dapat memastikan Orang Melayu tetap mempunyai kuasa memerintah Negeri Selangor ini.

Jangan menyesal dan menyerahkan tampuk kuasa pemerintahan ini kepada Orang lain, yang amat sukar untuk kita percayai akan menjaga kepentingan Orang-Orang Melayu.

*KELUAR MENGUNDI DEMI MASA DEPAN ORANG MELAYU.*

*INI SEKADAR ANALISA DAN RAMALAN POLITIK SAHAJA.*

*SEKIAN.*

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button