NasionalPolitik

PKP 1.0 Berjaya Kerana Semuanya ‘Stay At Home’ Manakala PKP 2.0 Jelas Semuanya Gagal

Selepas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali untuk dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali ketiga.

Namun yang menjadi perdebatan orang ramai adalah bagaimanakah kaedah pelaksanaan PKP 3.0 itu kerana sektor ekonomi dibuka seperti biasa.

Setakat kurangkan waktu operasi, tiada beza pun seperti PKPB atau PKPP yang sentiasa menerima kelonggaran kononnya untuk kebaikan rakyat.

Padahal sejarah dengan jelas menunjukkan rakyat Malaysia hampir menang memutuskan pandemik Covid-19 pada pertengahan Julai tahun lalu.

Caranya.. stay at home. Semua berpegang pada kata-kata Perdana Menteri dan beliau sampai disanjung ketika itu kerana nampak bersikap baik.

Namun memasuki fasa ini, kata-kata seperti #kitabelummenang atau #kitajagakita ibarat sampah dan makanan basi yang sangat memualkan.

Keadaan ini bagaikan akan berterusan sampai bila-bila kalau beginilag gaya PKP 3.0 yang dilaksanakan, banyak kelonggaran yang akan dicabuli.

(Visited 799 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button