Ekonomi

Cendawan Susu Harimau mampu merawat penyakit paru-paru, pernafasan

Ligno Biotech lancar Muzium Cendawan Susu Harimau di Balakong

SYARIKAT Ligno Biotech Sdn. Bhd. (Ligno Biotech) telah melancarkan Muzium Cendawan Susu Harimau di Balakong, Kuala Lumpur bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat di negara ini tentang pelbagai maklumat dan sejarah berhubung sepsis cendawan tersebut.

Cendawan Susu Harimau atau Tiger Milk Mushroom merupakan sejenis cendawan herba tempatan dan merupakan Khazanah Malaysia.

Menurut kepercayaan orang asal, cendawan ini dipercayai tumbuh daripada titisan susu harimau yang tumpah ke bumi secara ibu harimau sedang menyusukan anaknya.

Ubi tumbuhan yang berwarna putih itu akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk satu jangka masa yang agak lama kemudian ia akan bercambah keluar lalu membentuk payung cendawan yang berkembang.

Penasihat Teknikal syarikat tersebut, Dr. Tan Chon Seng berkata, penggunaan Cendawan Susu Harimau telah diamalkan dalam kaedah perubatan tradisi sejak lebih 500 tahun lalu oleh masyarakat setempat dan sangat berkesan dalam membantu merawat penyakit berkaitan paru-paru dan sistem pernafasan.

“Ligno Biotech telah menyenaraikan Cendawan Susu Harimau sebagai bahan aktif untuk perubatan tradisi di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 2010.

“Produk ini telah berada di pasaran lebih daripada 10 tahun. Secara tradisi, cendawan tersebut telah digunakan untuk membantu dalam masalah kesihatan berhubung sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis prapelancaran Muzium Cendawan Susu Harimau secara online baru-baru ini.

Muzium tersebut telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun lalu dan ia mempamerkan pelbagai informasi seperti sejarah penemuan cendawan, kajian bersama beberapa universiti tempatan dan luar tempatan.

Ia turut mempamerkan pelbagai  aktiviti pengumpulan kulat bersama masyarakat orang asli di hutan, proses dan kaedah penanaman di dalam makmal serta proses penghasilan produk kepada serbuk dan kapsul.

Chon Seng menerangkan, seiring wabak penularan  COVID-19 yang melanda negara dan juga di seluruh dunia produk berasaskan cendawan susu harimau  boleh dijadikan alternative untuk membantu meningkatkan system imunisasi tubuh badan  orang ramai.

Menurutnya,  salah satu cara untuk mengekang virus tersebut ialah dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang berkualiti.

“Langkah ini dapat membantu tubuh meningkatkan kekuatan imuniti lantas berupaya menurunkan kesan mudarat akibat virus covid-19.

“Diketahui umum bahawa terdapat pelbagai makanan tambahan berasaskan tumbuhan semulajadi tetapi orang ramai disaran untuk memilih produk yang telah mendapat sijil pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Tambah beliau, meskipun kerajaan memberi kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hakikatnya virus corona di seluruh dunia termasuk di negara ini masih berisiko kerana vaksin pencegahan dan ubat-ubatan khusus untuk rawatan berkaitan masih belum ditemui.

Chong Teng mengulas lanjut, virus Covid- 19 berupaya membawa kesan mudarat terutamanya jika tubuh badan mempunyai tahap immuniti yang rendah tanpa mengira usia.

Menurut beliau, sehingga kini,  hanya kekuatan sistem immuniti badan yang dapat menentukan kemampuan tubuh manusia bagi melawan penyakit berkaitan.

“Ini adalah kali pertama virus seumpamanya melanda seluruh dunia, yang mana individu yang mempunyai sistem immuniti yang lemah berhadapan dengan risiko jangkitan dan kematian,” ujarnya.

Selain itu, Chon Teng menjelaskan, Ligno Biotech  telah mendapat pengiktirafan dan bantuan daripada pihak kerajaan, antaranya mempunyai status Bionexus dan kerjasama dengan SME Corporation, Biotech Corporation di bawah program BioNext seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sejak 10 tahun lalu.

Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai cendawan susu harimau boleh melayari Facebook Cendawan Susu Harimau.-SM

(Visited 26,352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button