Nasional

Isu kekurangan beras akan selesai dalam beberapa minggu lagi – Datuk Seri Jalaludin

PIHAK kerajaan sedang berusaha memastikan bekalan beras di rumah rakyat tidak akan terputus, memandangkan ia merupakan makanan ruji rakyat di negara ini.

Exco Kanan Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan akan diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menukar kampit BPT kepada kampit Beras Putih Import (BPI) di peringkat pengilang atau pemborong.

Tambah beliau, tindakan menukar kampit BPT telah dikesan dalam beberapa operasi bersepadu pihak berkuasa.

”Tujuan mereka bagi mendapatkan keuntungan berganda atas keperitan yang dihadapi rakyat di bawah.

Saya tidak boleh berkompromi terhadap tindakan sesetengah pihak yang ‘menangguk di air keruh’ sehingga menyebabkan para pengguna/rakyat menjadi mangsa ketamakan sesetengan pengilang dan pemborong ini,” tambah beliau.

Tindakan undang-undang yang bertepatan dengan Peraturan Kawalan Gred dan Harga serta Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 akan dikenakan kepada pihak tidak bertangunggjawab ini. 

Beliau juga berharap rakyat tidak melakukan sebarang pembelian panik kerana kerajaan sedang berusaha mengembalikan keadaan seperti biasa. -SM

Baca : Mahkamah Rayuan terima permohonan kerajaan haramkan buku “Gay is OK! A Christian Perspective”

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button