Nasional

COVID-19: Hanya 106 kes baharu, mula tunjuk penurunan?

HANYA 106 kes baru jangkitan Covid-19 dikesan hari ini selepas beberapa hari kes baharu yang yang dikesan melebihi 110 kes sebelum ini.

Daripada keseluluruhan 106 kes baharu tersebut 43 daripadanya adalah kluster jemaah tabligh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 1,624 kes.

Sebanyak 27 kes berada di unit rawatan rapi dengan 27 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 24 pesakit juga dibenarkan keluar hospital selepas pulih daripada jangkitan virus maut tersebut.

Sementara itu satu kes kematian baru dilaporkan hari ini menjadikan kes keseluruhan kematian di Malaysia adalah sebanyak 15 orang.

“Kes kematian ke-15 iaitu kes ke-1,519 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes ke-703. Beliau dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 5.35 pagi.” kata Dr. Noor Hisham.-SM

 

 

 

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button