Rencah Hidup

Sebulan hisap vape,saya hampir terbunuh: Remaja British bergantung kepada mesin hayat

SEORANG remaja di Britain bertarung nyawa dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan hayat apabila organ dalamannya gagal berfungsi kesan daripada vape.

Ewan Fisher yang kini berusia 19 tahun telah dikejarkan ke hospital pada Mei 2017 selepas memuntahkan cecair berwarna hijau neon dengan nafas tersekat-sekat selepas empat bulan menggunakan rokok elektronik.

Dia terpaksa bergantung kepada mesin bantuan hayat di unit rawatan rapi apabila organ-organ utama dalam badannya gagal berfungsi dan paru-paru tiruan diperlukan untuk mengepam oksigen ke dalam badan.

Portal Daily Mail melaporkan, remaja dari Nottingham itu dipercayai menderita alahan kepada bahan kimia yang terdapat dalam cecair rokok elektronik tersebut.

Kes remaja ini meningkatkan lagi amaran akan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik yang mana pada bulan lalu telah mecatatkan satu kehilangan nyawa di Britain.

Fisher mendedahkan dia yang merokok setengah kotak sehari mengambil keputusan berhanti kerana mahu fokus kepada latihan tinju.

Dia kemudiannya bertukar kepada menghisap cecair elektronik berperisa sekitar 14 kali sehari, tetapi pada Mei 2017 dia berhenti kerana mula menghidap batuk yang teruk.

Sehari selepas itu dia memuntahkan cecair hijau terang lalu dikerjarkan ke hospital oleh ibunya yang panik.

Nyawanya diselamatkan oleh mesin bantuan hayat dan terpaksa dirawat di hospital selama sebulan tetapi tidak dapat pulih sepenuhnya walaupun selepas setahun.

Katanya, dia bertukar kepada vape kerana merasakan itu lebih sihat sebab dia benar-benar mahu bertinju dan perlu kekal cergas.

Selepas 10 hari berada di hospital, keadaannya semakin kritikal dan dia menderita kegagalan fungsi otot yang teruk yang menyebabkan organnya gagal berfungsi.

Imbasan pada paru-paru dan biopsi yang dilakukan mengesahkan remaja itu menghidap hypersensitivity pneumonitis. 

Doktor yang merawat remaja itu, Dr Jayesh Bhatt menulis dalam laporannya: “Ada dua pengajaran penting di sini.

“Yang pertama perlu selalu ingat kesan rokok elektronik kepada seseorang yang ada masalah kesihatan berkaitan pernafasan (respiratori).

“Kedua, adakah ini kita anggap rokok elektronik lebih selamat dariapda tembakau.”

Public Health England mendakwa rokok elektronik 95 peratus lebih selemat daripada tembakau dan menggalakkan perokok beralih kepada rokok elektronik.

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button