Nasional

Denda seorang RM1,000 sebab lepak di pantai

AKIBAT melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan melepak tanpa tujuan di sebuah pondok di tepi Pantai Sahabat 16, Tungku, dekat sini, semalam, enam lelaki dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata tindakan kompaun ke atas semua individu berusia antara 23 dan 28 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Desa Kencana yang menjalankan pemantauan OP COVID-19 PKPB di kawasan berkenaan pada pukul 4 petang.

Beliau berkata polis menjalankan pemeriksaan terhadap sekumpulan lelaki itu dan didapati kesemua mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Kesemua pesalah ini juga gagal memberikan sebab yang munasabah untuk berkumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Nasri, kesemua enam individu berkenaan dikompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang digariskan dalam PKPB. – BERNAMA

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button