Bola SepakSukan

Lebih 800,000 tiket Piala Dunia di Qatar sudah terjual

HUJUNG tahun ini, 2022, Piala Dunia di Qatar bermula. Perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan oleh satu dunia. Walaupun dalam persekitaran Covid-19, sebanyak 804,186 keping tiket untuk menyaksikan Piala Dunia sudah terjual.

Jumlah tiket yang terjual di atas adalah jualan fasa pertama, kata badan induk bola sepak dunia dan penganjur kejohanan, FIFA.

Menurut FIFA, pminat yang membeli tiket sebahagian besarnya datang dari Qatar, Amerika Syarikat (AS), England, Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, India, Brazil, Argentina dan Arab Saudi.

Tiket perlawanan pembukaan pada 21 November depan yang menampilkan pasukan tuan rumah, Qatar dan final pada 18 Disember menjadi pilihan paling popular.

Sebahagian besar daripada 32 slot untuk pasukan sudah dijual dengan pasukan yang masih belum layak akan dilengkapkan selepas ini.

Undian terakhir Piala Dunia dengan pasukan yang akan dibahagikan kepada kumpulan dijadualkan berlangsung, Jumaat ini.

FIFA juga memaklumkan, peminat yang tidak berkesempatan membeli tiket pada pembelian fasa pertama masih berpeluang untuk mendapatkannya pada “tempoh jualan terpilih” menerusi laman web pada 5 April depan. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button