Politik

Beriya mahu sidang Parlimen, rupanya mahu undi tak percaya pada PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyrah Wajdi Dusuki melahirkan rasa kehairanan terhadap Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal yang mengemukakan permohonan membawa usul undi percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen.

Asyraf Wajdi berkata, ahli Parlimen pembangkang sebelum ini bersungguh-sungguh menggesa kerajaan mengadakan sidang penuh Dewan Rakyat dengan alasan mahu mencari jalan terbaik menghapuskan virus Covid-19 sekali gus mengukuhkan ekonomi negara.

“Aduhai! Ingat beriya-iya mendesak Parlimen bersidang penuh selama 18 hari kononnya untuk bahas isu-isu rakyat menghadapi Pandemik Covid-19 ini, rupa-rupanya berpakat untuk buat usul yidak percaya terhadap PM!,” sindir Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi mengulas surat penolakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof terhadap usul permohonan undi percaya Shafie terhadap Dr. Mahathir.

Mohamad Arif berkata, beliau tidak membenarkan usul permohonan bertarikh 4 Mei itu kerana tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan jawatan Perdana Menteri.

“Aduhai! Ingat beriya-iya mendesak Parlimen bersidang penuh selama 18 hari kononnya untuk bahas isu-isu rakyat menghadapi Pandemik Covid-19 ini, rupa-rupanya berpakat untuk buat usul yidak percaya terhadap PM!” – Asyraf Wajdi

“Sudah-sudahlah berpolitik merebut kuasa di kala negara sedang dilanda musibah, rakyat makin susah, ekonomi makin punah.

“Rakyat mahu kerajaan dan ahli politik fokus bagaimana untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan Covid-19 dan Pasca Covid-29. Setuju?,” kata Asyraf Wajdi.

Usul permohonan undi percaya Shafie terhadap Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ditolak oleh Mohamad Ariff.

Mohamad Arif berkata, beliau tidak membenarkan usul permohonan bertarikh 4 Mei itu kerana tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan jawatan Perdana Menteri.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perana Menteri,” kata Mohamad Arif.

Sebelum itu tersebar di media sosial surat daripada Shafie kepada Mohamad Ariff bagi memohon izin majlis membawa satu usul dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Dr. Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.-SM

(Visited 836 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button