JenayahNasional

Anak Ahli Parlimen tumbuk, ludah kenalan lama

POLIS sedang menyiasat anak seorang Ahli Parlimen di Melaka yang didakwa menumbuk dan meludah seorang lelaki pada 2 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit mengesahkan menerima laporan yang dibuat pengadu di Balai Polis Kandang pada 6 Mei lalu.

Susulan itu beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Setakat ini, polis sudah selesai merakam keterangan individu terbabit. Kedua-dua mereka sudah lama mengenali satu sama lain.

“Namun saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan anak seorang Ahli Parlimen di Melaka didakwa menumbuk dan meludah mangsa berusia 49 tahun.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Pernu, Melaka, kira-kira pukul 12.33 tengah malam, 2 Mei lalu.

Difahamkan mangsa dihubungi lelaki itu yang memintanya pergi ke rumahnya.

Menurut sumber, perselisihan faham berlaku selepas mangsa dituduh bersikap kurang ajar terhadap ibu suspek di sebuah kedai ikan bakar di Umbai sebelum itu.

“Ketika sampai di rumah berkenaan, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek menumbuk kepala mangsa.

“Malah suspek turut dikatakan menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung, selain meludah muka mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dikatakan meminta untuk menemui ibu suspek bagi mengetahui perkara sebenar tetapi dia dihalau keluar dari rumah suspek. – SUMBER HARIAN METRO – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button