Nasional

Permaisuri Johor kurnia elaun bulanan kepada YZRSNJ

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Pengumuman itu dibuat menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook The Royal Johor selepas baginda berkenan mempengerusikan mesyuarat YRZSNJ.

“Ketika ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan ramai pihak turut terkesan akibat perkara ini, lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak COVID-19.

“Oleh demikian, saya membuat keputusan untuk mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran pejabat Yayasan di mana, turut terdapat ramai kakitangan yang sedang berkhidmat,” titah DYMM Permaisuri Johor.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRZSNJ, Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim, Bendahari Kehormat YRZSNJ, Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Setiausaha syarikat, Lilian Low.

YRZSNJ yang ditubuhkan pada tahun 2012, bukan sahaja membantu rakyat memerlukan, malah dana turut digunakan bagi pembiayaian pendidikan, bantuan bencana serta sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19 baru-baru ini.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan usaha membantu anak-anak pesakit kanser dari golongan B40 dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

“Turut dibincangkan mengenai pembiayaan pengajian peringkat diploma bagi kursus seni ukiran kayu, di mana bakat anak-anak muda negeri Johor boleh dimanfaatkan menjadi tenaga kerja bertauliah di The Johor Collection, pada masa sama menjadi sumber pendapatan mereka pada masa akan datang” titah Baginda. -SM

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button