Belang Bertempat

Muhyiddin hati-hati kerana `pulut santan binasa’…

DALAM beberapa siri program pemimpin bersama rakyat di Sabah beberapa hari lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tak faham demografi penduduk terutama di kawasan pedalaman.

Tidak pasti sama ada Muhyiddin atau para pegawainya `maklum akan hal ini’. Ia mungkin benda remeh, tetapi besar sekiranya tidak diperbetulkan.

Masih ada baki enam hari lagi kempen pilihan raya negeri Sabah ke-16 ini.

Antara yang paling ketara adalah seolah-olah dari ucapan Muhyiddin memberi gambaran Perdana Menterui memperkecilkan kemampuan berbahasa Inggeris oleh penduduk di kawasan pedalaman.

Sudah beberapa kali di setiap pentas yang beliau berucap, Muhyiddin akan menyelitkan penggunaan bahasa Inggeris. Tetapi kemudian acap kali pula menghabiskan ayatnya, beliau secara sinis pula bertanya balik kepada khalayak “macam tak faham saja”.

Pemerhati mendapati, perlakuan ini dilakukan Muhyiddin di majlis-majlis pemimpin bersama rakyat di Beufort, Kota Marudu dan Kudat. Bukan sekali, banyak kali.

Kelihatan Muhyiddin juga dilihat `tak sabar dan seperti meminta diberi perhatian’ apabila mahu khalayaknnya bertepuk apa yang telah disebutnya. Antaranya, semasa program Sahabat Ikhtiar di Kudat dan satu dua lagi program lagi.

Ke mana perginya penasihat-penasihat Muhyiddin yang sepatutnya memberi input berguna ini kepada Perdana Menteri.

Ini berbeza dengan presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang nampaknya amat memahami sentimen setempat. Bukan kerana Mohd. Shafie boleh berbahasa ibunda sahaja tetapi kerana nadanya cukup bersahaja dan diselang-seli dengan jenaka yang mengandungi pengertian mendalam.

Berbeza dengan khalayak Muhyiddin, orang ramai sama ada penduduk setempat yang hadir program Warisan, ada yang sanggup berteduh di sebalik bayang-bayang lori dan bas apabila khemah penuh. Malah ada yang duduk berteduhkan payung yang dibawa. Tidak kurang yang rela berdiri di tengah-tengah terik panas selama lebih sejam bagi mengintai wajah Mohd. Shafie.

Program-program Muhyiddin lebih dihadiri kalangan orang-orang kerajaan yang hanya akan bertepuk apabila `disuruh’ oleh Muhyiddin.

Perdana Menteri akan kembali lagi ke Sabah dalam pusingan kedua PRN negeri menjelang pengundian Sabtu 26 September ini.

Semalam, Muhyiddin seolah-olah `menjerat dirinya’ apabila memberi isyarat menang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) maka akan cepatlah dilangsungkan pilihan raya umum ke-15.

“Apa yang penting, PRN Sabah ini adalah isyarat yang kita dapat diperoleh sama ada rakyat menyokong PN atau rakyat mahu saya menjadi Perdana Menteri kerana kita mahu Malaysia bergerak maju ke hadapan dan kita mahu Malaysia berjaya,” katanya semasa majlis ramah mesra di Rampayan Laut di Kota Belud.

Adakah kenyataan Muhyiddin ini bermaksud kalah GRS di tangan Warisan Sabtu depan bermakna beliau perlu sama meletak jawatan?-SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button