Politik

Muda pasti buat kejutan pada PRN Johor

DALAM apa juga situasi apabila kiraan undi terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) selesai pada 12 Mac depan, parti MUDA pasti akan membuat kejutan.

Parti yang mewakili orang muda itu akan membuktikan dua benda iaitu keprihatinan dan kehendak golongan berkenaan.

Jika MUDA mendapat sokongan besar, bermakna anak muda sudah jelak dengan politik kuno yang diamalkan oleh parti-parti lain seperti UMNO, BERSATU, DAP, PKR, PAS dan AMANAH.

Mereka mahukan sesuatu yang berbeza mewakili suara anak muda, apatah lagi para pengundi berusia 18 tahun buat pertama kali dapat mengundi.

Ini juga berbaloilah pengorbanan yang dilakukan oleh AMANAH dan DAP di dalam Pakatan Harapan (PH) memberi enam kerusi kepada MUDA.

Pada 9 Februari lalu PH bersetuju menyerahkan enam kerusi milik mereka kepada parti MUDA iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Empat dari enam kerusi yang diserahkan kepada MUDA adalah kerusi yang dimenangi gabungan itu pada PRU14 lalu termasuklah kerusi Puteri Wangsa yang mendapat majoriti hampir 25,000 undi.

AMANAH menyumbang 4 dari 6 kerusi terbabit, termasuklah 2 daripada sudah mempunyai calon yang merupakan orang yang sangat penting dalam AMANAH Johor, dan turut terpaksa berdepan asakan dalaman yang mempertikaikan keputusan kepimpinan yang menyerahkan kerusi yang berpotensi besar untuk menang.

Pendekatan membina hubungan dengan MUDA adalah bagi mendapatkan sokongan anak muda, terutama setelah diwartakan undi 18 akhir tahun lalu.

Jika MUDA gagal memberi impak dan kalah semua kerusi juga ia lagilah memberi kejutan, kerana setelah masuh tahun 2022 orang muda di negara ini masih menganggap politik sebagai sesuatu yang remeh.

Mereka tidak berminat untuk bersama memilih kerajaan yang akan membentuk masa hadapan mereka dan generasi akan datang.

BACA JUGA: PRN Johor untuk UMNO dapatkan mandat baharu

 

 

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button