Luar Negara

Majlis Keselamatan PBB tolak draf gencatan senjata Israel-Palestin

DRAF resolusi dikemukakan oleh Rusia yang menggesa gencatan senjata dalam konflik Israel-Palestin ditolak oleh Majlis Keselamatan PBB (Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu) semalam.

Resolusi itu menerima lima undi menyokong, empat undi menentang manakala enam undi berkecuali. Negara yang menolak draf resolusi itu adalah AS, UK, Perancis dan Jepun, menurut laporan Agensi Anadolu.

Duta Rusia di PBB, Vassily Nebenzia berkata, undi itu menunjukkan negara mana yang menyokong gencatan senjata ataupun menghentikan serangan bom dan pemberian bantuan kemanusiaan.

Duta AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield berkata, resolusi Rusia dikemukakan tanpa sebarang perundingan dan tidak menyebut Hamas.

Sementara itu, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menuduh Majlis Keselamatan PBB sekadar menyaksikan serangan Israel terhadap 2 juta penduduk di Semenanjung Gaza selama 10 hari.

Menegaskan bahawa orang awam di Gaza dibunuh, cedera, kehilangan tempat tinggal dan menjadi mangsa keganasan, Mansour berkata, tiada satu keluarga Palestin di Gaza yang terkecuali daripada serangan Israel.

“Tiada siapa harus lupa bahawa ini adalah nyawa manusia, nyawa rakyat Palestin juga penting. Dan tiada siapa yang harus melayan ilusi bahawa membunuh lebih ramai penduduk Palestin akan menjadikan Israel lebih selamat,” kata beliau. – SM

BACA PBB diseru guna semangat Keluarga Dunia tamatkan keganasan global

BACA PBB undi buat siasatan tetap jenayah perang Israel

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button