Ekonomi

Ringgit mengukuh separuh kedua 2024, cecah RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025

BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.
“Pemacu utamanya ialah dasar yang dilonggarkan selanjutnya sebanyak 150 mata asas (bps), yang akan menurunkan kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat kepada 3.00 peratus menjelang Disember 2025.
“Tetapi faktor-faktor lain juga akan memberikan sokongan asas kepada ringgit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BMI menjangkakan sebaran di antara kadar dasar dan hasil bon di seluruh AS dan Malaysia akan kekal stabil.
Pada mesyuarat Mac, Fed kelihatan lebih berdiplomasi daripada yang dijangkakan. Pegawai-pegawai Fed percaya pemotongan 75 mata asas tahun ini adalah sesuai walaupun inflasi dan unjuran pertumbuhannya meningkat.
“Sebaliknya, kami mengekalkan pandangan bahawa Fed akan mengurangkan kadar dananya sebanyak 100 mata asas tahun ini kepada 4.50 peratus.
“Ini menunjukkan bahawa perbezaan hasil yang mengecil akan memberi petanda baik kepada ringgit terutamanya jika kita betul menjangkakan Bank Negara Malaysia akan membiarkan kadar dasar semalaman kekal pada 3.00 peratus hingga 2024,” katanya.
“Bahagian komoditi kami meramalkan harga minyak secara puratanya pada US$85.00 setong pada 2024, melebihi daripada paras US$82.18 setong pada 2023.
“Ini akan membantu menyokong eksport Malaysia, memandangkan minyak menyumbang hampir 20 peratus daripada eksport,” katanya.
Selain itu, BMI percaya bahawa eksport perkhidmatan akan terus meningkat.
(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button