Jenayah

Hilang sejak 2018, SPRM berjaya bawa pulang seorang individu berkait 1MDB, SRC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang seorang individu yang dipercayai telah hilang sejak 2018 dari luar negara untuk siasatan bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menurut sumber SPRM, individu ini dibawa pulang dengan kerjasama agensi penguatkuasa dari luar negara dan tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada 3 Mei jam 3.30 pagi.

Sebaik tiba, individu itu diberi notis arahan untuk hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 10 pagi 3 Mei, dengan SPRM kemudian merakam kenyataan individu ini dan menggeledah rumah individu itu pada hari yang sama.

Menurut sumber, individu ini disyaki menerima wang berpunca daripada dana yang diselewengkan daripada 1MDB dan SRC melalui akaun bank sebuah syarikat dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

SPRM sebelum ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis Singapura berjaya merampas akaun bank Wright Shaw Limited yang mengandungi dana sekitar AS$5.2 juta.

Siasatan menunjukkan individu yang disoal siasat ini menerima wang hasil daripada dana 1MDB yang diseleweng melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button