Politik

Pengerusi PN gaul Yee Sang bersama pimpinan Gerakan

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat mudah menerima Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) apabila menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bersama mereka.

Beliau pada petang tadi memberitahu, menerima undangan daripada pimpinan parti itu untuk menyambut perayaan masyarakat Tionghua.

Turut sama dalam sambutan itu adalah, beberapa pimpinan daripada Perikatan Nasional termasuk Pas, STAR dan SAPP yang diadakan secara norma baharu.

Perdana Menteri yang turut ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudian menggaulkan Yee Sang bersama dalam majlis yang dianjurkan Gerakan itu.

“Hari ini saya dan isteri berpeluang menyertai sambutan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang diadakan secara persidangan video.

“Lebih meriah, majlis yang dihadiri semua pimpinan Gerakan melibatkan Ahli Jawatankuasa Pusat, Wanita dan Pemuda diketuai Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

“Turut disertai oleh pimpinan tertinggi parti di dalam PN daripada PAS, STAR dan SAPP.

“Saya ingin berterima kasih kepada Gerakan atas jemputan menghadiri sambutan ini yang saya anggap cukup meriah dan bermakna.

“Walaupun disambut secara dalam talian bagi disesuaikan dengan suasana norma baharu ketika negara masih berdepan pandemik Koronavirus (Covid-19).”

Demikian kata Muhyiddin dalam hantaran Facebooknya hari ini dan memberitahu, Covid-19 memberi cabaran besar kepada kerajaan pimpinannya dan rakyat.

Semalam, beliau memberitahu menerima Gerakan sebagai salah satu komponen dalam PN  selepas menyerahkan surat penerimaan kepada Dominic.

Katanya, penerimaan bekas komponen Barisan Nasional (BN) itu selepas diluluskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Oleh demikian, dalam majis bersama Gerakan hari ini, beliau menzahirkan rasa yakin dengan sokongan masyarakat Cina untuk memastikan kerajaannya berjaya mengharungi sebarang cabaran.

“Saya percaya kedatangan tahun baharu ini akan membangkitkan iltizam yang lebih jitu daripada rakyat, khususnya masyarakat Tionghua untuk bekerja lebih keras bagi memperoleh kejayaan atau kemenangan dalam apa juga cabaran yang dilalui,” ujarnya. – SM

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button