Nasional

Persatuan harus dilibatkan dalam kajian pemeriksaan kenderaan

SUDAH tiba masanya Jabatan Pengangkutan Jalan (PJP) dan PUSPAKOM melibatkan wakil-wakil Persatuan pemain industri di dalam kajian yang bakal mereka buat.

Ketua aktivis Pengangkutan Darat, Kamarudin Hussain berkata, ini berikutan selama berpuluh-puluh tahun pihaknya menghadapi pelbagai masalah di PUSPAKOM.

Beliau berkata, sering kali PUSPAKOM mengatakan mereka hanya mengikut arahan JPJ.

“Sekali arahan tersebut tidak masuk akal dan menyusahkan ahli-ahli kami di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya, mereka juga menuntut supaya kerajaan bersikap lebih tulus dengan mewujudkan lebih banyak pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer dan tidak hanya membenarkan pemeriksaan kenderaan dimonopoli oleh PUSPAKOM.

“Selama ini kami menerima banyak aduan daripada ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh PUSPAKOM, sedangkan perkhidmatan mereka kami bayar.

“Malah kami juga menerima banyak aduan berhubung isu pemeriksaan yang dilakukan oleh PUSPAKOM,.

“Ada yang mendakwa pekerja-pekerja PUSPAKOM sengaja menyukarkan dan menyulitkan pemeriksaan supaya pemilik kenderaan akan menggunakan perkhidmatan runner,” jelas beliau.

Katanya lagi, sebagai bukti, beliau sendiri pernah mengalami masalah brake tangan.

“Keputusan pemeriksaan kenderaan saya gagal. Saya tidak berpuas hati kerana saya pasti brake tangan saya berfungsi dengan baik kerana saya sendiri yang buat penyelenggaraan di bengkel milik saya.

“Lalu pada tarikh dan masa yang sama saya berjumpa dengan Pengurus Cawangan dan meminta untuk membuat pemeriksaan sendiri di litar pemeriksaan dan keputusan lulus, ujarnya.

Beliau berkata, “Kami tidak bermusuh dengan PUSPAKOM tetapi kami mahu ahli-ahli diberi keadilan dan hak membuat pilihan untuk membuat pemeriksaan kenderaan,” katanya. – SM

 

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button